BAHASA ISYARAT / KATA KERJA

Ambil


Tangan kanan ‘C’ tapak ke bawah paras pinggang lalu dibawa ke kiri pinggang sambil menjadi ‘S”.

Angkat


Kedua-dua belah tangan terbuka tapak ke atas, kemudian gerakkan naik ke atas menjadi ‘S’.

Baca


Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan ‘V’ hujung jari ke bawah lalu buat garisan ke kiri kanan pada tapak tangan kiri.

Bakar


Kedua-dua belah tangan terbuka tangan kanan paras dada kanan, tangan kiri paras bahu kiri kemudian tukarkan tangan kanan paras bahu tangan kiri paras dada buat dua kali.

Bangun (Tidor)


Kedua-dua belah tangan ‘G’ hujung jari kenakan pada kiri kanan mata lalu gerakkan jari telunjuk ke arah atas.

Bangun (Selepas terjatuh)


Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan ‘V’ tapak ke bawah di atas tapak kiri, kemudian naikkan tangan kanan jari masih menyentuh tapak kiri.

Bawa


Kedua-dua belah tangan terbuka di paras perut, lalu digerakkan dari kanan ke kiri.

Berhati-hati


Kedua-dua belah tangan ‘5’ terbuka tapak ke depan lalu ditolak-tolakkan perlahan-lahan.

Beri


Kedua-dua belah tangan terbuka, tapak ke atas paras perut, lalu gerakkan ke depan.

Berjalan


Tangan kanan ‘V’ terbalik ke bawah, lalu digerakkan ke depan seperti orang sedang berjalan.

Berlari


Kedua-dua belah tangan ‘S’ tapak menghadapkan satu sama lain paras dada, lalu buat seperti berlari.

Buat


Kedua-dua belah tangan ‘C’, tapak ke bawah paras perut lalu digerakkan sedikit ke bawah.

Cari


Tangan kanan ‘C’ paras muka, tapak ke kiri lalu buat bulatan kecil arah jam.

Cekik


Kedua-dua belah tangan terbuka tapak ke dalam, tangan kanan kenakan pada belakang tapak tangan kiri, lalu kenakan pada leher

Cerita


Kedua-dua belah tangan terbuka ibu jari dan jari telunjuk kedua-duanya bertemu, kemudian direnggangkan ke kiri kanan berombak-ombak.

Curi


Tangan kiri terbuka melintang dada tapak ke bawah, tangan kanan ‘C’ tapak ke kiri dihujung siku tangan kiri lalu tangan digerakkan ke hujung tapak kiri dan menjadi ‘S’.

Dengar


Tangan kanan ‘C’ kenakan pada tepi telinga tapak ke depan.

Gaduh


Kedua-dua belah tangan ‘C’, tapak ke bawah paras perut lalu digerakkan sedikit ke bawah.

Ganggu


Tangan kiri terbuka tapak ke dalam ibu jari ke atas, tangan kanan tapak ke kiri, lalu kanan ditetakkan pada tangan kiri.

Hantar


Tangan kiri terbuka tapak ke bawah, tangan kanan ‘H’ hujung jari kenakan pada belakang tapak kiri, lalu digerakkan ke depan.

Buat


Kedua-dua belah tangan ‘H’ di paras dada, lalu bawa ke bawah menjadi ‘5’ tapak ke bawah.

Ikut


Kedua-dua belah tangan ‘A’ ibu jari ditegakkan, lalu digerakkan ke depan.

Jaga


Kedua-dua belah tangan ‘K’, tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri sambil digerakkan lawan arah jam.

Jahit


Kedua-dua belah tangan ‘F’ tapak menghadap satu sama lain lalu gerakkan tangan kanan seperti sedang menjahit.

Jatuh


Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan ‘V’ hujung jari ke bawah paras bahu kanan, lalu jatuhkan belakang tangan atas tapak kiri.

Jemput


Tangan kiri terbuka tapak ke bawah, tangan kanan ‘H’ hujung jari kenakan pada belakang tapak kiri, lalu digerakkan ke depan.

Jerit


Tangan kanan ‘5’, jari dibengkokkan sedikit belakang tangan pada dagu, lalu tangan digerakkan ke atas.

Jumpa


Kedua-dua belah tangan ‘D’ hujung jari ke atas, lalu gerakkan hingga kedua-dua belah tangan bertemu.

Kejar


Tangan kanan terbuka, tapak ke bawah paras perut kemudian gerakkan ke atas paras leher.

Kerja


Kedua-dua belah tangan ‘S’, tangan kanan menumbuk atas tangan kiri sebanyak 2 kali.

Ketuk


Tangan kanan ‘A’ tapak ke depan, lalu ketukkan ke depan dan dalam.

Lahir


Kedua belah tangan ‘L’ di paras dada, lalu gerakkan serentak turun ke bawah.

Lihat


Tangan kanan ‘V’ tapak ke dalam, hujung jari dihadapkan pada kedua biji mata, lalu gerakkan tangan ke depan.

Lompat


Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan ‘V’ hujung jari kenakan pada lengan tangan kiri lalu digerakkan melengkung ke tapak tangan kiri.

Loncat


Tangan kiri terbuka tapak ke bawah, tangan kanan ‘H’ hujung jari kenakan pada belakang tapak kiri, lalu digerakkan ke depan.

Lukis


Tangan kiri terbuka tapak ke atas, tangan kanan ‘I’, kenakan hujung jari kanan pada tapak tangan kiri lalu digerakkan bengkang bengkuk ke bawah.

Lumba


Kedua-dua belah tangan ‘D’ hujung jari ke depan di paras dada, lalu digerakkan berulang-ulang ke depan dan belakang.

Main


Kedua-dua belah tangan ‘Y’, tapak ke dalam lalu digerakkan kedua belah tangan ke atas bawah.

Makan


Tangan kanan ‘O’ leper hujung jari kenakan pada bibir.

Mandi


Tangan kanan ‘A’ diparas perut, lalu digerakkan naik ke atas kepala.

Mari


Tangan kanan ‘5’ tapak menghadap ke dalam diparas bahu kanan kemudian tangan digerakkan ke sebelah bahu kiri.

Masak


Kedua-dua belah tangan ‘A’, ibu jari menghadap satu sama lain lalu digoyang-goyangkan ke dalam.

Menyanyi


Tangan kanan ‘S’, tapak ke kiri ibu jari dibuaikan dihadapan bibir ke kiri dan kanan.

Minum


Tangan kanan ‘A’, ibu jari tegak kenakan pada bahagian bibir.

Padam


Kedua-dua belah tangan terbuka, tapak ke bawah paras kiri kanan kepala, lalu jari dirapatkan menjadi ‘O’ leper.

Pandu


Kedua-dua belah tangan tangan ‘S’, tapak menghadap satu sama lain, digerakkan melengkung ke atas dan bawah bergilir-gilir seperti mengerakkan stering ketika memandu.

Panggil


Tangan kanan terbuka ke bawah, lalu digerakkan ke bawah pada paras perut.

Patah


Kedua-dua belah tangan ‘S’ ibu jari dirapatkan, lalu direnggangkan ke bawah seperti mematah ranting.

Pertahan


Kedua-dua belah tangan ‘T’ disilangkan dihadapan, kemudian gerakkan sedikit ke depan.

Pindah


Kedua-dua belah tangan ‘O’ leper sebelah kiri, lalu digerakkan serentak ke kanan.

Pinjam


Kedua-dua belah tangan ‘K’, tangan kanan di atas tangan kiri, lalu digerakkan melengkung ke dalam.

Tambah


Kedua-dua belah tangan ‘H’, tangan kiri tapak ke bawah, tangan kanan hujung jari ke depan lalu dijatuhkan pada atas tangan kiri.

Tanam


Kedua-dua belah tangan terbuka, tapak ke bawah tangan kanan di depan, hujung jari ke bawah lalu jatuhkan tangan bergilir-gilir.

Pukul


Tangan kiri jari digenggam, lengan dibengkokkan ke atas tangan kanan ‘D’ di bahu kanan digerakkan ke siku tangan kanan seakan-akan memukul.

Rehat


Kedua-dua belah tangan ‘R’ disilangkan, tangan kanan ke kiri bahu, tangan kiri ke kanan bahu.

Rosak


Kedua-dua belah tangan ‘5’ jari dibengkokkan, tangan kiri tapak ke atas, tangan kanan tapak ke bawah belakang tapak kiri lalu digerakkan ke depan melepasi tangan kiri.

Selamat


Kedua-dua belah tangan ‘S’ tapak ke dalam disilangkan, lalu direnggangkan ke sebelah kiri dan kanan tapak ke depan.

Sembunyi


Tangan kiri terbuka tapak ke bawah, tangan kanan ‘A’ di bawah tapak kiri ibu jari ke depan lalu gerakkan sedikit ke dalam.

Siram


Tangan kanan ‘A’, ibu jari ke atas, lalu digerakkan ke dalam, ibu jari ke bawah.

Tangkap


Tangan kiri ke depan diangkat pada paras perut, tangan kanan ‘C’ di atas pergelangan tangan kiri, lalu digerakkan tangan kanan memegang tangan kiri.

Tengkar


Kedua-dua belah tangan ‘E’ tapak menghadap satu sama lain, lalu diketuk-ketukkan beberapa kali.

Terjun


Tangan kiri terbuka tapak ke bawah, tangan kanan ‘V’ hujung jari dikenakan pada belakang tapak kiri lalu dijatuhkan ke bawah.

Tidur


Tangan kanan terbuka, tapak kenakan pada pipi kanan, gerakkan kepala ke kanan.

Tinggal


Kedua-dua belah tangan ‘Y’ tapak ke bawah, ibu jari bertemu, lalu gerakkannya turun ke bawah.

Tolong


Tangan kiri terbuka tapak ke atas tangan kanan ‘A’ diletakkan atas tapak kiri lalu diangkat ke atas.

Tulis


Tangan kiri terbuka, tangan kanan ‘G’ ibu jari dan telunjuk dirapatkan lalu kenakan pada tapak tangan kiri dan digerakkan berombak-ombak ke hujung jari kiri.

Tumbuh


Tangan kiri tapak menghadap ke dalam, tangan kanan kelima 5 dikecupkan ke atas, lalu digerakkan naik ke atas.

Tunggang


Tangan kiri terbuka, tapak ke kanan, tangan kanan ‘V’ lalu diselitkan pada tangan kiri.

Tunggu


Kedua-dua belah tangan ‘5’ tapak ke dalam, tangan kanan di belakang tangan kiri lalu gerakkan jari jemari kedua tangan.

 
Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: